BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI MURID LEMAH.
Bahan Bantu Mengajar bagi murid lemah adalah seperti berikut:
1. Pelbagai Bekas Kosong Seperti Di Bawah:
TIN
BOTOL JUS OREN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MURID LEMAH.
JAG
BESEN
BEKAS MAKANAN RINGAN
BOTOL PENCUCI LANTAI
BOTOL PENCUCI PAKAIAN
BOTOL JUS OREN
BOTOL PELEMBUT PAKAIAN
BOTOL MANDIAN
BOTOL MINERAL
BOTOL PENCUCI KERETA
2. Enam Baldi Yang Berisi Air.
3. Lembaran Kerja B
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MURID LEMAH.
HASIL PEMBELAJARAN:
Murid-murid berupaya:
Membandingkan isipadu dua cecair melalui perbandingan secara langsung.
BAHAN BANTU MENGAJAR.
1. Bekas kosong pelbagai saiz seperti jag, besen, botol, tin dan sebagainya.
2. Baldi
3. Air
4. Lembaran Kerja B
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.
1. Sebelum aktiviti dijalankan, guru menyediakan bekas kosong seperti botol minuman, botol pencuci baju, botol mandian, botol pembersih lantai, botol pelembut kain, bekas aiskrim, jag, besen, dan pelbagai jenis tin. Guru juga menyediakan 6 baldi yang berisi air.
2. Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan ( 1 kumpulan 3 orang).
3. Guru memberikan dua bekas kosong yang berlainan saiz kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan juga diberi satu baldi yang berisi air.
4. Sebelum menjalankan aktiviti, murid-murid disuruh membuat tekaan terlebih dahulu bahawa bekas yang mana boleh memuatkan isipadu air yang lebih banyak.
5. Murid-murid disuruh bersedia dengandua bekas kosong masing-masing.
6. Secara berkumpulan, minta murid mengisi air sehingga penuh ke dalam salah satu bekas tersebut.
7. Kemudian, suruh murid tuang air yang diisi tadi ke dalam bekas kosong yang satu lagi.
8. Guru bersoal jawab dengan murid. Contoh soalan soal jawab:
Adakah air itu melimpah?
Jika murid menjawab ”Ya”, Tanya soalan ini:
Mengapa ia melimpah?
Jika murid menjawab ”Tidak”, Tanya soalan ini:
Ada ruang lagikah untuk diisi air?
Mengapakah ada ruang ini?
Bekas mana boleh diisi lebih banyak air?
Bekas mana boleh diisi sedikit air?
9. Bincang dan bandingkan dapatan murid. Bimbing murid melihat bahawa lebih besar bekas tersebut, maka lebih banyaklah isipadu air yang boleh diisinya.
10. Guru mengedarkan Lembaran Kerja B. (seperti di dalam BBM)
11. Guru dan murid berbincang tentang jawapan soalan di lembaran kerja tersebut.
12. Guru memberi kerja rumah kepada murid-murid.
No comments:
Post a Comment