Sunday, November 21, 2010

BBM 1 Dan AKTIVITI 1

 BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI  MURID CEMERLANG
 Bahan bantu mengajar bagi murid cemerlang adalah seperti berikut :

1.       Empat Bekas Kosong Pelbagai Saiz Seperti Berikut:

              BOTOL
                   BESEN                                            

 JAG                                                          
                      TIN

      
2.      Empat  Baldi Yang Berisi Air.
       
                             

3.      Empat Gelas Plastik.

       
                        

                                                 


4.       Lembaran Aktiviti.

            
Stesen

Bekas Kosong (Lukiskan)

Isipadu Air ( Bilangan Gelas)



A












B












C














D











5.      Empat Batang Pensel.

       
                                             
6.       Lembaran Kerja A



Jawab soalan di bawah.                                  
                                                           
     
      1.  Sebuah besen boleh memuatkan ________ cawan air.
   



         2.   Sebuah jag boleh memuatkan _________ gelas air.
     

      3.    Isipadu air di dalam tin lebih ______________ daripada isipadu air di dalam botol.
    

     4.  Isipadu air di dalam gelas lebih ____________daripada isipadu air di dalam besen. 
        
                     TIN

BESEN
                                                                                            BOTOL



                   
                          (a)  Bekas yang boleh memuatkan isipadu air yang paling banyak di dalam gambarajah        di    atas ialah ___________________.

b)      Bekas yang boleh memuatkan isipadu air yang  paling sedikit  di dalam gambarajah di atas ialah ______________________.




4.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MURID CEMERLANG.

HASIL PEMBELAJARAN:
Murid-murid berupaya: 
Menyukat  isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai.

BAHAN BANTU MENGAJAR.
1.      Bekas kosong pelbagai saiz iaitu jag, besen, botol, dan  tin.
2.      Lembaran Aktiviti
3.      Pensel
4.      Gelas Plastik
5.      Baldi
6.      Air
7.      Lembaran Kerja A

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Aktiviti ini dijalankan di  luar bilik darjah.
1.       Sebelum aktiviti dijalankan, guru menyediakan 4 bekas kosong iaitu jag, besen, botol, dan tin.  Guru juga menyediakan 4 baldi yang berisi air, 4 gelas plastik, 4 lembaran aktiviti dan 4 batang pensel.
2.      Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan ( 1 kumpulan 4 orang).
3.      Guru menyediakan 4 stesen (bilangan stesen sama dengan bilangan kumpulan).  Di setiap stesen, guru menyediakan sebuah bekas kosong, sebaldi air dan gelas plastik (digunakan untuk mengisi air ke dalam bekas kosong).
4.      Guru  mengedarkan lembaran aktiviti dan pensel kepada setiap kumpulan.  Murid-murid diminta melukiskan bekas kosong yang disediakan di setiap stesen.
5.      Kumpulan 1 akan bermula di stesen A,  kumpulan 2 akan bermula di stesen B, kumpulan 3 di stesen C dan kumpulan 4 di stesen D.
6.      Di setiap stesen, murid perlu mengisi penuh sambil membilang jumlah gelas air yang diperlukan untuk memenuhkan bekas yang telah disediakan.  Mereka perlu
   mencatatkan bilangan gelas pada jadual di lembaran aktiviti tersebut.  Tegaskan      
   kepada murid gelas plastik perlu diisi penuh setiap kali air disukat, contohnya :




Stesen

Bekas (Lukiskan)

Isipadu Air ( Bilangan Gelas)



A








7 gelas air



B








10 gelas air



C








6 gelas air





D








15 gelas air



7.      Murid-murid  perlu mengosongkan bekas tersebut sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya.
8.      Teruskan aktiviti hingga kesemua stesen telah selesai.
9.      Bincang  dan bandingkan dapatan murid.  Susunkan kesemua bekas yang digunakan mengikut saiz, daripada yang kecil hingga yang besar.  Bandingkan saiz bekas dan isipadu air yang diperlukan untuk mengisinya.
10.  Bimbing murid melihat bahawa lebih besar bekas tersebut, maka lebih banyaklah isipadu air yang diperlukan untuk mengisinya.
(Nota: Hasil dapatan yang sedikit berbeza antara kumpulan mungkin disebabkan cara         menyukat yang kurang tepat.)
11.   Guru mengedarkan Lembaran Kerja A (seperti dalam BBM).
12.  Guru dan murid berbincang tentang jawapan di dalam lembaran kerja A.
13.  Guru memberi kerja rumah kepada murid-murid.


No comments:

Post a Comment