Monday, November 22, 2010
SOALAN TUGASAN HBMT2103
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES
HBMT 2103: TEACHING MATEMATICS IN YEAR TWO
SEPTEMBER 2010 SEMESTER
1. This assignment has a ONE (1) question only. You may write in English or in Malay.
2. Your assignment should be typed on A4 paper using 12 pt Times New Roman and 1.5 line spacing.
3. This assignment carries a 30% weightage towards the final grade.
4. This assignment should be prepared individually.
5. You are to submit your assignment online through the myVLE. Please refer to the instructions in the portal for more information on how to submit your assignment online.
6. Your assignment must be submitted before or by the 5th tutorial . Submissions after deadline are not acceptable.
7. Your assignment will be assessed according to the specification contained in the rubric accompanying the assignment question.
8. Your assignment should be limited to 1000-1200 words only.
9. Plagiarism in all forms will not be tolerated. Assignment submitted will automatically be subjected to a similarity check.
· Assignments with 10 – 30% overlap with others will be subjected to a 20% deduction from the total gross marks scored.
· Assignments with more than 30% overlap with others will earn zero mark on the assignment. In such cases, the course grade will be determined solely on the basis of marks obtained in the remaining components of the course assessment.
ASSIGNMENT QUESTION
Misconception on capacity may arise among the students while teaching Volume of liquid especially when comparing capacity of two containers that can hold more. Students often make the comparison on height rather than its capacity. Find ONE (1) video in the internet that show how volume of liquid are measured. Create TWO (2) teaching aids that can be applied to Year Two students to help them understand better. Based on your teaching aids, you are required to create TWO (2) teaching activities; each for high achiever and low achiever students. Finally, you are required to develop your own blog and post the video, teaching aid and teaching activities in your blog. You are free to choose any platform that are available in the internet. For reference you may browse at http://www.blogger.com/ on developing your blog. You are only required to submit link to your blog.
PENGENALAN
Salah konsep mengenai kapasiti di dalam pengajaran dan pembelajaran topik Isipadu Cecair merupakan satu masalah yang sering berlaku di kalangan murid-murid sekolah rendah terutamanya murid-murid Tahun 2. Ramai murid-murid datang ke sekolah dengan beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Murid-murid mempunyai idea yang amat sedikit mengenai kapasiti. Sebagai seorang guru perlulah berhati-hati dan mengetahui bahawa murid-murid terutamanya murid Tahun 2 akan menghadapi masalah ini.
Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, murid-murid biasanya membuat perbandingan mengenai panjang atau lebih tepat , tingginya berbanding kapasiti. Contohnya : Jika murid ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi, samaada bekas yang lebih tinggi atau yang lebih rendah tetapi lebih lebar. Kebanyakan murid-murid akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun sebenarnya bekas yang lebih rendah dan lebih lebar itu yang mempunyai lebih isi.
Salah konsep mengenai kapasiti isipadu cecair boleh didefinisikan sebagai kesilapan penaakulan murid-murid terhadap kapasiti isipadu dalam bekas yang berbeza.
Untuk mengatasi masalah ini, guru perlulah memperbetulkan persepsi murid-murid melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bahan bantu mengajar yang sesuai amatlah penting untuk menerangkan konsep isipadu cecair kepada murid-murid. Bahan bantu mengajar yang digunakan, perlulah bahan yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid-murid supaya ianya lebih diingati oleh murid. Guru juga perlu mengambil kira kriteria bahan bantu mengajar yang digunakan seperti mudah didapati, dan tidak terlalu mahal.
VIDEO
Video ini menerangkan cara-cara menggunakan silinder penyukat untuk menyukat isipadu cecair. Walaupun silinder penyukat mempunyai bentuk atau saiz yang berbeza, ia tetap mempunyai sistem sukatan yang tepat.
Sunday, November 21, 2010
BBM 1 Dan AKTIVITI 1
BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI MURID CEMERLANG
Bahan bantu mengajar bagi murid cemerlang adalah seperti berikut :
1. Empat Bekas Kosong Pelbagai Saiz Seperti Berikut:
BOTOL
JAG

TIN
2. Empat Baldi Yang Berisi Air.
3. Empat Gelas Plastik.
4. Lembaran Aktiviti.
Stesen | Bekas Kosong (Lukiskan) | Isipadu Air ( Bilangan Gelas) |
A | ||
B | ||
C | ||
D |
5. Empat Batang Pensel.
6. Lembaran Kerja A
Jawab soalan di bawah. ![]() ![]() ![]() 1. Sebuah besen boleh memuatkan ________ cawan air. ![]() ![]() ![]() ![]() 2. Sebuah jag boleh memuatkan _________ gelas air. 3. Isipadu air di dalam tin lebih ______________ daripada isipadu air di dalam botol. 4. Isipadu air di dalam gelas lebih ____________daripada isipadu air di dalam besen. BESEN BOTOL b) Bekas yang boleh memuatkan isipadu air yang paling sedikit di dalam gambarajah di atas ialah ______________________. |
4.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MURID CEMERLANG.
HASIL PEMBELAJARAN:
Murid-murid berupaya:
Menyukat isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai.
BAHAN BANTU MENGAJAR.
1. Bekas kosong pelbagai saiz iaitu jag, besen, botol, dan tin.
2. Lembaran Aktiviti
3. Pensel
4. Gelas Plastik
5. Baldi
6. Air
7. Lembaran Kerja A
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.
1. Sebelum aktiviti dijalankan, guru menyediakan 4 bekas kosong iaitu jag, besen, botol, dan tin. Guru juga menyediakan 4 baldi yang berisi air, 4 gelas plastik, 4 lembaran aktiviti dan 4 batang pensel.
2. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan ( 1 kumpulan 4 orang).
3. Guru menyediakan 4 stesen (bilangan stesen sama dengan bilangan kumpulan). Di setiap stesen, guru menyediakan sebuah bekas kosong, sebaldi air dan gelas plastik (digunakan untuk mengisi air ke dalam bekas kosong).
4. Guru mengedarkan lembaran aktiviti dan pensel kepada setiap kumpulan. Murid-murid diminta melukiskan bekas kosong yang disediakan di setiap stesen.
5. Kumpulan 1 akan bermula di stesen A, kumpulan 2 akan bermula di stesen B, kumpulan 3 di stesen C dan kumpulan 4 di stesen D.
6. Di setiap stesen, murid perlu mengisi penuh sambil membilang jumlah gelas air yang diperlukan untuk memenuhkan bekas yang telah disediakan. Mereka perlu
mencatatkan bilangan gelas pada jadual di lembaran aktiviti tersebut. Tegaskan
kepada murid gelas plastik perlu diisi penuh setiap kali air disukat, contohnya :
Stesen | Bekas (Lukiskan) | Isipadu Air ( Bilangan Gelas) |
A | 7 gelas air | |
B | 10 gelas air | |
C | 6 gelas air | |
D | 15 gelas air |
7. Murid-murid perlu mengosongkan bekas tersebut sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya.
8. Teruskan aktiviti hingga kesemua stesen telah selesai.
9. Bincang dan bandingkan dapatan murid. Susunkan kesemua bekas yang digunakan mengikut saiz, daripada yang kecil hingga yang besar. Bandingkan saiz bekas dan isipadu air yang diperlukan untuk mengisinya.
10. Bimbing murid melihat bahawa lebih besar bekas tersebut, maka lebih banyaklah isipadu air yang diperlukan untuk mengisinya.
(Nota: Hasil dapatan yang sedikit berbeza antara kumpulan mungkin disebabkan cara menyukat yang kurang tepat.)
11. Guru mengedarkan Lembaran Kerja A (seperti dalam BBM).
12. Guru dan murid berbincang tentang jawapan di dalam lembaran kerja A.
13. Guru memberi kerja rumah kepada murid-murid.
Subscribe to:
Posts (Atom)